My Add

Tuesday 13 March 2012

PRU-13 dijangka paling sengit, kelebihan pada BN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 12 Mac, 2012: Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.

Pensyarah Sains Politik, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Shamsul Adabi Mamat berkata, kelebihan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan situasi semasa serta populariti yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, hakikat bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi sengit serta mencabar tidak boleh dinafikan kerana kedua-dua pihak iaitu BN dan juga pakatan pembangkang masing-masing mempunyai keyakinan untuk memenanginya.

Menurutnya, peningkatan sokongan terhadap BN menjadi petanda awal parti itu semakin pulih daripada kekecewaan pada 2008, sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sangat yakin pembangkang akan menang sehingga memberitahu bersedia menjadi Perdana Menteri walaupun di dalam penjara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment