My Add

Saturday 3 March 2012

Pusat dialisis koperasi USM terima geran RM150,000

ISMAIL Sabri Yaakob melawat pesakit yang menjalankan rawatan hemodialisis selepas perasmian Pusat Dialisis dan Pusat Pakar Perunding Kesihatan Holistik Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia di Kota Bharu, kelmarin.

KOTA BAHRU, JUMAAT, 02 Mac, 2012: Pusat Dialisis dan Pusat Pakar Perunding Kesihatan Holistik Koperasi Warga Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan Berhad semalam menerima geran RM150,000 daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi melicinkan lagi pengurusannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, geran tersebut akan membantu koperasi tersebut membeli keperluan seperti van untuk membantu pesakit di pusat berkenaan.

Menurutnya, kementerian dan koperasi itu masing-masing menampung separuh daripada perbelanjaan keseluruhan bagi pembelian peralatan tersebut. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment