My Add

Sunday 11 March 2012

Pusat media IPK Kelantan mudahkan penyaluran maklumat

KOTA BHARU, AHAD, 11 Mac, 2012: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini melancarkan pusat media bagi memudahkan penyaluran maklumat kepada pengamal media di negeri ini. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata idea itu
dicetuskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mengatasi masalah dan salah faham berhubung laporan berita dan kes jenayah di negara ini.

"Saya percaya penubuhan pusat media ini akan lebih memudahkan penyaluran 
berita selain mendekatkan kami dengan pengamal media," kata Jalaluddin pada 
sidang media selepas merasmikan pusat itu serta taska IPK tersebut, di sini. 

Pusat media yang membabitkan kos RM65,000 itu akan beroperasi bulan depan 
manakala taska berkenaan dibina dengan kos sebanyak RM271,000. 
Jalaluddin berkata, taska itu diharap dapat menangani masalah penjagaan anak 
di kalangan anggota polis wanita. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment