My Add

Thursday 22 March 2012

Pusat sehenti: Kerajaan wujud Pusat Transformasi Bandar

MELAKA, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Kerajaan akan memperkenalkan Program Transformasi Bandar dengan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai pusat sehenti bagi semua perkhidmatan awam dan swasta dalam menangani masalah dan isu yang dihadapi masyarakat melalui perkhidmatan berpusat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, program tersebut merupakan inisiatif di bawah Strategi Laut Biru Negara bermatlamat meningkatkan capaian rakyat di kawasan bandar kepada pelbagai perkhidmatan kerajaan dan swasta.

Beliau berkata, setakat ini, UTC dicadang untuk menempatkan 10 kluster perkhidmatan iaitu perkhidmatan kerajaan; kesihatan; perbankan dan kewangan; pendidikan dan latihan; utiliti; keselamatan; kebajikan; pembangunan usahawan dan ruang niaga, pembangunan belia dan perkhidmatan badan bukan kerajaan (NGO).

UTC akan ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara dan UTC pertama akan dilancarkan di Melaka pada Jun depan, katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Wisma Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Ahmad Husni berkata, kerajaan akan mengguna pakai bangunan kerajaan sedia ada yang tidak digunakan sepenuhnya atau menyewa daripada pihak swasta untuk dijadikan UTC. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment