My Add

Monday 12 March 2012

Raja Zarith Sofiah mahu ibu bapa, jiran awasi kanak-kanak

JOHOR BAHRU, AHAD, 11 Mac, 2012: Isteri Sultan Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta ibu bapa supaya lebih berjaga-jaga dan sentiasa mengawasi pergerakan anak masing-masing bagi mengelak berlakunya perkara tidak diingini.

Titah baginda, selain itu, masyarakat setempat terutama jiran juga perlu memainkan peranan dan bersikap prihatin apabila berjumpa dengan kanak-kanak yang berjalan sendiri tanpa orang tua mereka.

Baginda bertitah demikian selepas melawat keluarga kanak-kanak hilang, Nurul Nadirah Abdullah, 5, di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam di sini hari ini.

Baginda turut melahirkan rasa simpati atas kejadian yang menimpa keluarga tersebut dan turut sama berkongsi perasaan sedih sebagai seorang ibu ekoran kejadian itu.

Dalam kunjungan itu, baginda bertemu dan bertanya khabar ibu bapa Nurul Nadirah iaitu Roselyn Alan dan Lima Medeng, masing-masing 25 tahun, serta abang kanak-kanak itu, Mohd Hafis Abdullah, 6.

Pada 1 Mac lalu, Nurul Nadirah, yang lebih dikenali sebagai Dirang di kalangan anggota keluarganya, hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan flat berkenaan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment