My Add

Sunday 11 March 2012

Rakyat asing hutang hospital kerajaan RM21.5 juta

KOTA KINABALU, SABTU, 10 Mac, 2012: Hutang perubatan rakyat asing di hospital-hospital kerajaan di negeri ini mencatatkan jumlah agak besar iaitu kira-kira RM21.5 juta.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (gambar) berkata, hutang berkenaan adalah dalam tempoh tiga tahun sehingga hujung tahun lalu melibatkan 23 hospital kerajaan di seluruh negeri.

"Jumlah hutang tertunggak paling tinggi adalah di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas iaitu sebanyak RM8.1 juta," katanya di sini semalam.

Menurut beliau, jumlah hutang penduduk tempatan di hospital-hospital kerajaan di negeri ini dalam tempoh berkenaan pula kira-kira RM4.3 juta.

Beliau berkata, pihak kementerian akan berusaha memastikan hutang tertunggak itu diselesaikan.

"Antaranya kita harus pastikan pesakit membayar sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah bil terlebih dahulu dan selepas dibenarkan pulang mereka perlu menjelaskan bakinya," katanya, - UTUSAN

No comments:

Post a Comment