My Add

Thursday 15 March 2012

Rakyat Turki ditahan kerana miliki syabu

KUALA LUMPUR, rabu, 14 mac, 2012: Seorang rakyat Turki yang memasuki negara ini sejak 29 Oktober tahun lalu ditahan di sebuah kondominium di Desa Pandan di sini pada Jumaat lalu kerana memiliki syabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang, berkata ujian air kencing ke atas lelaki Turki berumur 32 tahun itu didapati negatif dadah.

"Dia disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan direman empat hari sehingga hari ini. Turut ditahan, seorang lelaki dan wanita tempatan berumur 27 yang berada di luar rumah rakyat Turki itu.

"Ujian air kencing kedua-dua mereka juga didapati negatif dadah dan mereka disiasat di bawah Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya kepada pemberita, hari ini.

Kang berkata, penahanan lelaki Turki itu berikutan tangkapan dua lelaki rakyat tempatan yang berumur 34 dan 41 tahun pada jam 5.30 petang di sebuah hotel di Jalan Tun Razak yang mana polis merampas 2,000 gram syabu dalam bilik mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment