My Add

Thursday 15 March 2012

Rang Undang-undang MIROS dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Rang Undang-Undang Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) 2012 yang bertujuan mewujudkan badan khusus untuk menjalankan penyelidikan mengenai keselamatan jalan raya, dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Choo Ha membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali pertama, dan memaklumkan bacaan kedua rang undang-undang itu dijangka dibentangkan pada mesyuarat kali ini.

Menurut rang undang-undang itu, MIROS akan berfungsi bagi membantu dalam pembangunan dan pentadbiran keselamatan jalan raya yang teratur.

MIROS juga bertanggungjawab untuk mengkaji semula piawaian dan hasil pembelajaran kurikulum bagi kursus memandu yang disediakan oleh institusi memandu dan mengaudit tanda aras berkenaan dengan sistem penyampaian intitusi berkenaan.

Selain itu, institut berkenaan turut dianggotai oleh seorang Pengerusi, Ketua Pengarah, Ketua Polis Negara atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan atau wakilnya, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya atau wakil.

Selain wakil daripada Kementerian Pengangkutan, ia turut dianggotai enam orang pakar dalam keselamatan jalan raya termasuk pengangkutan, pendidikan, media, kejuruteraan, perubatan, penyelidikan dan sumber manusia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment