My Add

Thursday 15 March 2012

Rasuah: Hanya 1% anggota PDRM terlibat - KPN

KUALA LUMPUR, RABU, 14 Mac, 2012: Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.

"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik,” katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.

"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah,” katanya.

Ismail juga berpuas hati dengan usaha Jabatan Tatatertib PDRM yang ditubuhkan sejak tahun 80-an, dalam membanteras salah laku anggota PDRM termasuk dalam aspek rasuah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment