My Add

Saturday 10 March 2012

Rating sokongan terhadap PM: Petunjuk positif kepada BN

IPOH, SABTU, 10 Mac, 2012: Rating sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat memberi petunjuk positif sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN) kata, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata, memandangkan Najib adalah ketua kerajaan dan pengerusi BN, imej yang dibawa oleh Perdana Menteri menggambarkan imej BN.

"Dengan adanya bancian sikap itu ia dengan sendirinya memberi indikasi yang baik kepada BN keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Dermasiswa Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) 2012 di sini, hari ini.

Semalam, Merdeka Centre for Opinion Research dilaporkan berkata, rating sokongan terhadap Perdana Menteri meningkat kepada 69 peratus daripada 59 peratus pada Ogos 2011.

Pusat tinjauan pendapat itu berkata, ini disebabkan mood orang ramai yang lebih senang dengan keadaan ekonomi umum dan pengagihan dana bagi meringankan beban ekonomi keluarga berpendapatan rendah.

Pusat itu berkata, tinjauannya mendapati antara 10 dan 23 Feb. sokongan terhadap Perdana Menteri paling tinggi, pada 78 peratus, di kalangan keluarga dengan pendapatan di bawah RM1,500 sebulan, dengan responden India pada 80 peratus dan responden Melayu 74 peratus.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment