My Add

Friday 16 March 2012

RISDA tanam getah 10,000 hektar di Kemboja tahun ini

ABDUL Rahim Tamby Chik (kiri) menyerahkan sumbangan zakat RISDA kepada Mohd. Nooh Ibrahim di Bangunan UMNO Bakri, Muar, Johor, kelmarin.

MUAR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dengan kerjasama kerajaan Kemboja akan memulakan projek penanaman getah di negara itu di kawasan seluas 10,000 hektar pada tahun ini.

Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, proses untuk mendapatkan tanah itu sedang dilakukan kerajaan Kemboja dan akan diusahakan secara pajakan.

"Tanah tersebut akan diusahakan secara pajakan dengan RISDA antara tempoh 60 dan 70 tahun bergantung kepada keputusan rundingan.

"Selepas itu, kita akan menubuhkan sebuah syarikat dikenali sebagai Risda-Cambodia Private Limited bagi menguruskan semua hal berkaitan pelaburan di sana," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment