My Add

Wednesday 21 March 2012

RM200,000 bagi penambahbaikan SJKT Jalan Cheras

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Lebih 300 pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Cheras di sini bakal menikmati kemudahan lebih baik apabila Kementerian Pelajaran mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi penambahbaikan prasarana sekolah tersebut.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, peruntukan itu diberi setelah beliau memantau sendiri kedaifan sekolah tersebut hari ini.

"Peruntukan itu diberi bagi mengatasi masalah seperti bangunan sekolah usang, kebocoran paip dan kekurangan kemudahan persekolahan dengan segera," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan mengejut ke sekolah itu.

Turut hadir Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Datuk Khairil Awang; Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) yang juga Ketua UMNO Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee; Pegawai Pelajaran Daerah Pudu, Ismail Musa dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru (PIBG), Dr. Nagesh Rao . - UTUSAN

No comments:

Post a Comment