My Add

Friday 23 March 2012

RM3.4j diberi kepada bekas polis Kelantan di zaman darurat

KOTA BHARU, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperuntukkan lebih RM3.4 juta sebagai saguhati kepada bekas polis di Kelantan yang berkhidmat ketika zaman darurat dari 1948 hingga 1974.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, seramai 1,165 bekas polis itu layak menerima bantuan tersebut yang diberi secara “one-off" bermula semalam hingga Sabtu ini.

"Bagi daerah Kota Bharu sahaja, seramai 105 bekas polis menerima bantuan itu dengan setiap seorang mendapat RM3,000.

"Mereka adalah daripada unit seperti Special Constabulary, Home Guard, Auxilliary Police, Extra Police Constabel, Border Scout, Jungle Squad, Police Field Force Reservist dan Sarawak Constabulary,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Cek Tabung Amanah Warisan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Semasa membentangkan Bajet 2012 pada Oktober lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seramai 72,000 bekas anggota polis yang bertugas pada zaman darurat antara 1948 dan 1962 di Semenanjung dan 1962 hingga 1964 di Sabah dan Sarawak bakal menerima saguhati sebanyak RM3,000 seorang. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment