My Add

Monday 5 March 2012

RM4j kurangkan kesesakan

RAJA Nong Chik Raja Zainal Abidin (empat, kanan) bersama Ahmad Fuad Ismail (enam, kiri) serta penduduk menunjukkan peta Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, selepas projek naik taraf siap sepenuhnya nanti pada lawatan ke jalan berkenaan baru-baru ini.

Oleh NUR NAZLINA NADZARI 

KUALA LUMPUR, AHAD,  04 Mac, 2012: Kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM4 juta bagi menaik taraf Jalan Maarof dari persimpangan Jalan Bangsar hingga Jalan Ara bagi mengurangkan kesesakan trafik di kawasan itu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, projek itu telah mengambil masa empat bulan tetapi proses perbincangan sudah bermula sejak setahun lalu iaitu semasa beliau mengadakan lawatan ke situ.

Katanya, perlaksanaan projek ini adalah berdasarkan saranan daripada persatuan-persatuan penduduk di kawasan Bangsar sendiri yang mahukan jalan itu dilebarkan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment