My Add

Tuesday 13 March 2012

RM70,000 pembersih tangan kekang HFMD diagih di Sarawak

KUCHING, SELASA, 13 Mac, 2012: Jawatankuasa Pengurusan Bencana dan Bantuan Sarawak menerima komitmen berjumlah RM70,000 bagi pengagihan pembersih (sanitiser) tangan dalam usaha mengekang wabak penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu berkata, beliau serta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah masing-masing akan memperuntukkan RM10,000 daripada dana Projek Kecil Luar Bandar mereka untuk tujuan itu.

Bakinya akan diberi kepada Jabatan Pelajaran (RM30,000) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) cawangan Sarawak (RM20,000) katanya, pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu, di sini hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dan badan korporat yang ingin menyumbang juga boleh berbuat demikian dengan menyalurkannya kepada sekretariat MKN di Wisma Bapa di Petra Jaya di sini.

"Kami juga ingin mendapatkan kerjasama penjual sanitiser tangan ini agar menjual produk tersebut pada harga biasa atau lebih rendah pada tempoh ini,” katanya.

Jawatankuasa itu telah mengenal pasti 1,265 sekolah rendah di seluruh Sarawak sebagai lokasi agihan pembersih tangan tersebut dan akan diperluaskan ke kawasan lain yang turut terjejas oleh wabak.

Alfred berkata, kes HFMD di Sarawak dilihat semakin meningkat sejak Jun lepas, dan setakat semalam Jabatan Kesihatan negeri mencatatkan 2,709 kes. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment