My Add

Saturday 17 March 2012

Rombak sistem pendidikan tepat: Khaled Nordin

PASIR GUDANG, SABTU, 17 Mac, 2012: Cadangan Kementerian Pelajaran untuk merombak sistem pendidikan negara melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan dan Perancangan Strategik adalah tepat pada masanya. 

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah berani yang diambil Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, itu amat menepati kehendak kementeriannya.

"Saya mengalu-alukan usaha Kementerian Pelajaran membuat kajian dalam sektor pendidikan mereka dan perancangan stregik mereka kerana ia akan menepati keperluan Kementerian Pengajian Tinggi.

"Hari ini pihak industri selalu bantai Kementerian Pengajian Tinggi sebab tidak membekalkan pekerja graduan yang menepati piawaian mereka, sehubungan itu saya amat mengalu-alukan perubahan dilakukan kerana ia memang tepat pada masanya," katanya kepada pemberita, di sini. 

Mohamed Khaled yang ditemui selepas menghadiri majlis penjenamaan semula Politeknik Ibrahim Sultan yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Johor Baharu, turut memuji tindakan berani Timbalan Perdana Menteri itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment