My Add

Tuesday 20 March 2012

Sabah, Sarawak mahu PRU ke-13 selepas Kaamatan, Gawai

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Beberapa pemimpin masyarakat dan ahli politik di Sabah dan Sarawak lebih suka jika pilihan raya umum ke-13 diadakan selepas sambutan perayaan Kaamatan dan Gawai yang masing-masingnnya jatuh pada 30-31 Mei dan 1 Jun.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang berasal dari Sarawak, berkata, adalah tidak bijak jika PRU diadakan semasa perayaan itu.

"Jika Sarawak dianggap simpanan tetap Barisan Nasional, janganlah adakan pilihan raya ketika itu kerana ramai yang mungkin tidak dapat mengundi.

"Tarikh 3 Jun sebagai hari mengundi, seperti yang diramalkan, memang amat tidak sesuai bagi Sabah dan Sarawak,” kata Wan Junaidi

Gawai disambut di Sarawak manakala Kaamatan merupakan perayaan di Sabah dan Labuan. Sarawak dan Sabah serta Labuan mempunyai 57 kawasan parlimen.

Di Sarawak, pilihan raya umum akan datang hanya melibatkan 31 kerusi parlimen dan tidak kerusi Dewan Undangan Negeri kerana pilihan raya negeri itu telah diadakan pada 16 April tahun lepas.

Di Sabah, ia melibatkan kerusi negeri dan parlimen, yang masing-masing berjumlah 25 dan 60. Labuan mempunyai satu kerusi parlimen.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment