My Add

Friday 23 March 2012

Saman Utusan Malaysia cuma helah Pas Kelantan tutup isu

KOTA BHARU, KHAMIS, 22 Mac, 2012 Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyifatkan tindakan kerajaan Pas Kelantan menyaman Utusan Malaysia berikutan pendedahan berani akhbar itu mengenai kedudukan tanah rizab Melayu, hanya satu helah untuk menutup masalah berkenaan.

Mereka turut menyifatkan tindakan tersebut berbau ugutan supaya pihak media tidak lagi mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan Pas, walaupun ia melibatkan kepentingan rakyat.

Presiden Peneraju Profesional Kelantan (Kelpro), Nor Azli Ahamed berpendapat, pihak media termasuk Utusan Malaysia mempunyai hak untuk menyiarkan sebarang maklumat berkepentingan rakyat.

Media merupakan saluran berita dan rakyat berhak tahu. Tindakan undang-undang tidak patut diambil kerana Utusan Malaysia hanya menyuarakan suara hati rakyat, katanya.

No comments:

Post a Comment