My Add

Thursday 15 March 2012

Sambutan terhadap MyKomuter memberansangkan: KTMB

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah empat lagi tren MyKomuter akhir bulan ini, kata Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail.

"Empat tren MyKomuter ini adalah sebahagian dari proses tambahan tren secara berperingkat untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan sedia ada," katanya.

Beliau berkata, MyKomuter atau perkhidmatan tren enam gerabak (SCS) yang sudah beroperasi selama seminggu mendapat reaksi positif daripada pengguna.

"Ketika ini perkhidmatan MyKomuter beroperasi dengan empat tren. Pihak kami mendapat reaksi positif daripada pengguna dan rata-rata pengguna jelas berpuas hati dengan keadaan MyKomuter yang lebih luas dan jelas lebih selesa.

"Namun sepanjang seminggu perkhidmatan ini, bilangan pengguna belum meningkat secara mendadak, kita jangka peningkatan penumpang akan mula meningkat bermula awal April ini selaras dengan tambahan empat lagi tren baru," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment