My Add

Sunday 18 March 2012

Saya komited dengan masa depan Malaysia - PM

PETALING JAYA, AHAD, 18 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sentiasa berniat untuk mengotakan janjinya bahawa di bawah pentadbirannya, rakyat akan mendapat layanan yang adil daripada kerajaan.

"Apabila saya memegang jawatan hampir tiga tahun lalu, saya berjanji kepada negara bahawa anda akan dilayan secara adil daripada kerajaan dan saya berniat untuk menunaikan janji itu," katanya di sini hari ini.

Najib menjelaskan bahawa pelan transformasinya dan inisiatif yang lain adalah bagi kesejahteraan hidup rakyat dan bukan mengenai pilihan raya umum yang akan datang.

Sambil menyatakan keikhlasan kerajaan dalam membantu rakyat termasuk masyarakat India, Najib berkata, beliau tidak akan berjanji sesuatu yang tidak dapat dilaksanakan.

"Saya bukan ahli politik jenis itu," kata Najib sambil menegaskan bahawa beliau komited dan tidak akan bertolak ansur demi masa depan Malaysia.

Perdana Menteri berkata, beliau dan kerajaan akan melakukan usaha yang lebih lagi untuk faedah rakyat jika mereka diberikan mandat untuk lima tahun lagi.

Najib meminta semua rakyat untuk bersama-sama dengan beliau bagi membina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment