My Add

Thursday 22 March 2012

Saya rela hilang kawan, suara rakyat lebih utama - PM

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

PETALING JAYA, KHAMIS,22 Mac, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sanggup kehilangan kawan yang lebih mementingkan cita-cita politik dan kepentingan peribadi kerana baginya suara rakyat lebih utama.

Perdana Menteri berkata, sebagai seorang pemimpin beliau perlu memenuhi harapan serta aspirasi rakyat daripada kepentingan seorang sahabat dan antara contoh terbaik adalah dalam soal pemilihan calon pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Justeru Najib berkata, sekiranya penduduk di sesebuah kawasan tidak mahu lagi wakil rakyat sedia ada kerana gagal menjalankan tugas dengan baik, beliau akan menggugurkan pemimpin terbabit dan digantikan dengan calon yang lebih digemari rakyat.

“Saya akan kata kepada wakil rakyat ini tempoh perkhidmatannya telah tamat. Jika ini berlaku sudah tentu wakil rakyat terlibat akan menyalahkan saya sedangkan keputusan ini berasaskan kepada suara rakyat.

“Saya perlu mendengar suara rakyat. Dalam memilih wakil rakyat sudah tentu kita tidak mahu seorang wakil rakyat yang gagal menjalankan tugas dengan baik sehingga rakyat hilang keyakinan terhadap pemimpin ini,” katanya ketika ditemubual di stesen radio 988 FM dalam segmen 988 Street VIP di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment