My Add

Thursday 15 March 2012

Segelintir pihak cuba memutar-belitkan kenyataannya: Kadir

SERI KEMBANGAN, RABU, 15 Mac, 2012: Veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan atau dakwaan kononnnya pengundi Parlimen Kulim/Bandar Baharu adalah mata duitan. 

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, segelintir pihak cuba memutar-belitkan kenyataannya dengan melemparkan pelbagai tuduhan.

"Saya ingin menegaskan di sini bahawa selama 30 tahun menjadi Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu hubungan saya dengan rakyat di kawasan itu amat baik tanpa mengira kaum atau bangsa. 

"Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak baik mengenai rakyat di Parlimen Kulim/Bandar Baharu sebaliknya ada pihak tertentu yang memutar-belitkan kenyataan saya. 

"Kami di Kulim/Bandar Baharu tidak pernah dan tidak perlu membayar wang untuk membeli undi sama ada ketika pemilihan parti atau pun ketika pilihan raya umum," katanya pada sidang media di sini. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment