My Add

Saturday 10 March 2012

Selangor ambil semula tanah rizab sungai

SHAH ALAM, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Kerajaan negeri akan mengambil semula tanah di sekitar tebing Sungai Langat, Hulu Langat dan Sungai Lembah Jaya, Ampang dekat sini yang kini menjadi penempatan penduduk bagi mengelak berlakunya banjir di kawasan tersebut.

Lokasi tanah yang akan diambil balik itu hanya melibatkan kawasan rizab sungai dan keputusan mengenainya akan ditentukan pada Jun ini selepas Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melakukan siasatan dan pemantauan.

Penyelaras Jawatankuasa Bencana Alam negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, siasatan awal mendapati penduduk yang menetap di kawasan rizab sungai itu telah mendapat geran sebelum ini.

‘‘Apabila mereka membina rumah di kawasan rizab sungai, pengaliran air di kawasan tersebut terganggu dan kerja-kerja menyelenggara dan mengorek sungai tidak dapat dilakukan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment