My Add

Friday 23 March 2012

Setiausaha Agung PBB puji Gagasan 1Malaysia

PUTRAJAYA, KHAMIS,  22 Mac, 2012: Gagasan 1Malaysia ialah satu visi yang hebat dalam menggalakkan perpaduan bukan sahaja di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga di rantau ini, kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon hari ini. 

Beliau berkata, gagasan itu dapat membantu dalam meningkatkan toleransi terhadap perbezaan agama, kebudayaan dan tradisi kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan menganut pelbagai agama serta mengamalkan kebudayaan berlainan.

"Inilah sebenarnya apa yang PBB cuba galakkan di seluruh dunia, dan saya amat menghargai kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada sidang media bersama selepas mengadakan perjumpaan dengan Najib, di sini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment