My Add

Friday 23 March 2012

Shahrizat kekal sebagai Ketua Wanita UMNO – Najib

KUALA LUMPUR, JUMAAT 23 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

Najib, yang juga Presiden UMNO, berkata, ini kerana Shahrizat dipilih oleh anggota-anggota pergerakan itu sebagai ketua.

"Maka, tiada sebab untuk beliau letak jawatan (sebagai Ketua Wanita),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Shahrizat; dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Kira-kira 7,000 anggota wanita dari seluruh negara menghadiri perhimpunan itu.
SHAHRIZAT melambai ke arah perwakilan sambil diperhatikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Chan Wai Yew

Hubungan dengan Kamilia tidak terjejas: Shahrizat
Shahrizat berkata, hubungan beliau dengan Datuk Kamilia Ibrahim tidak terjejas di sebalik kenyataan awal yang dibuat Naib Ketuanya itu.

"Hubungan kami bagai kakak dan adik kerana kami berdiri di bawah payung Wanita UMNO dan saya langsung tidak berkecil hati dengan apa yang diperkatakannya kerana saya amat memahami cara beliau," katanya.

Saya sokong kepimpinan Shahrizat: Kamilia 

Kamilia berkaa beliU memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Shahrizat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini berdasarkan permintaan yang disuarakan akar umbi dan bukanlah bersifat peribadi.

Kamilia menyatakan demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Wanita UMNO bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. - BERNAMA/BERITA HARIAN ONLINE

No comments:

Post a Comment