My Add

Sunday 11 March 2012

Sistem baharu STPM tarik minat ke tingkatan 6

TEMERLOH, SABTU, 10 Mac, 2012: Sistem baharu pengajian peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) mampu menarik minat lebih ramai lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian ke tingkatan enam.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) berkata, sebelum ini, ramai lepasan SPM lebih berminat meneruskan pengajian ke peringkat matrikulasi kerana peperiksaan STPM dianggap susah.

Katanya, tindakan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melaksanakan sistem pentaksiran baharu bermula sesi pengambilan 2012/2013 tidak akan mengubah syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

"Sebelum ini ramai lepasan SPM terutama dari aliran sains lebih berminat melanjutkan pelajaran ke peringkat matrikulasi kerana ia dianggap lebih mudah daripada belajar di tingkatan enam dan menduduki STPM, " katanya lagi. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment