My Add

Saturday 17 March 2012

Soal tugas amah bertentangan dengan persetujuan: PM

IPOH, SABTU, 17 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyifatkan kenyataan pihak Indonesia bahawa pembantu rumah yang akan dihantar ke negara ini hanya akan melakukan satu tugas khusus dengan gaji minimum RM700 sebagai tidak masuk akal. 

Najib berkata, beliau hairan dengan perkembangan terbaru itu kerana ia bertentangan dengan persefahaman yang dicapai antara beliau dan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan bangunan baru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Wan Hwa 2, Menglembu, di sini, hari ini. - BH Online

No comments:

Post a Comment