My Add

Tuesday 6 March 2012

Sokongan AS semakin jelas

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED

KUALA LUMPUR. isnin, 05 Mac, 2012: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa sokongan Amerika Syarikat (AS) terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri adalah jelas seperti yang dinyatakan dalam laporan akhbar serta majalah negara tersebut.

Dakwa beliau, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang sedang menghasut dan memburukkan kerajaan supaya Anwar 'diangkat' sebagai Perdana Menteri sudah tentu turut mendapat bantuan kewangan serta media AS.

''Mereka kononnya tidak puas hati dengan dasar kerajaan berkenaan hak asasi manusia termasuk seksualiti bebas iaitu menghalalkan zina, perkahwinan sejenis, menghapuskan institusi perkahwinan dan kekeluargaan serta liwat.

''Sebenarnya tujuan mereka ialah untuk menjayakan hasrat AS melakukan 'regime change' supaya Malaysia menjadi alat AS. Sudah tentu setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, tuntutan NGO-NGO berkenaan akan 'dihalalkan', " katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment