My Add

Friday 23 March 2012

Subjek pilihan raya di sekolah bukan sebar ideologi politik

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara. 

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata ia bukan satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun kebaikan sesuatu parti politik.

"Matlamat utama memperkenalkan mata pelajaran itu adalah untuk mencetuskan kesedaran dan perasaan sayang remaja kepada masa depan negara," katanya ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment