My Add

Friday 23 March 2012

Sultan Terengganu mahu umat Islam amal hidup bersaudara

SETIU, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin mahu umat Islam di negeri itu mengamalkan hidup bersaudara sebagaimana dituntut agama. 

Sehubungan itu, titah baginda jawatankuasa masjid seluruh negeri perlu memainkan perananan dalam memperkukuhkan persaudaraan di kalangan umat Islam.
"Masjid hendaklah dijadikan sebagai tempat masyarakat memupuk persaudaraan dan mendalami ilmu agama," titah baginda ketika merasmikan Masjid Kampung Alur Lik, di sini hari ini.

Pada majlis itu baginda turut berkenan menyampaikan tauliah kepada pendaftar, jurunikah serta imam masjid mukim bagi daerah Setiu. 

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Rozali Salleh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment