My Add

Saturday 10 March 2012

Syabas nafi empangan pecah punca banjir

KUALA LUMPUR, SABTU, 10 Mac, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bencana banjir di sekitar ibu negara dan pinggir bandar pada Rabu lalu berpunca daripada empangan pecah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ruslan Hassan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan alasan semata-mata untuk menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku.

Beliau berkata, hujan yang luar biasa menyebabkan satu daripada kawasan yang terjejas teruk iaitu Lembah Jaya Ampang tidak mampu menampung takungan air, sekali gus menjadikan paras sungai meningkat dan melimpah.

“Saya minta kepada sesetengah pihak agar tidak menuding jari kepada Syabas atas bencana yang berlaku kerana ia bukan berpunca daripada empangan pecah, malah tiada empangan di daerah Ampang.

“Syabas sentiasa berusaha untuk membekalkan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat sekeliling dan kami akan meneruskan usaha itu,” katanya selepas menyertai aktiviti Gotong-Royong Perdana bagi membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Jaya Ampang, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment