My Add

Friday 9 March 2012

Syarikat China labur RM1 bilion di Perak

SITIWAN, JUMAAT, 09 Mac, 2012: CSR Corporation Limited dari China akan membuat pelaburan awal RM500 juta dan menambah sehingga melebihi RM1 bilion bagi membina kemudahan industri perkhidmatan kereta api di Perak, tidak lama lagi. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata syarikat berkenaan yang memilih Batu Gajah untuk membina kemudahan itu termasuk mengilang lokomotif dan koc kereta api bukan saja bagi kegunaan negara malah meliputi negara ASEAN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan singkat dengan sekumpulan pegawai syarikat berkenaan di sini yang turut dihadiri Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

No comments:

Post a Comment