My Add

Wednesday 14 March 2012

Tabung Haji tunai zakat perniagaan lebih RM10 juta

SHAH ALAM, SELASA, 13 Mac, 2012: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menerima cek zakat perniagaan berjumlah RM10,129,429 daripada Tabung Haji bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Baginda menerima cek zakat perniagaan berkenaan daripada Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.

Zakat bagi tahun tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 itu merupakan jumlah tertinggi yang pernah dibayar oleh Tabung Haji kepada negeri lain di seluruh negara malah ia juga merupakan jumlah tertinggi yang pernah diterima oleh LZS setakat ini.

Pemberian zakat perniagaan itu adalah berdasarkan bilangan pendeposit Tabung Haji di Selangor sepanjang tahun lalu iaitu sebanyak 970,795 orang dan jumlah zakat perniagaan keseluruhan Tabung Haji di seluruh negara pula berjumlah lebih RM38 juta. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment