My Add

Tuesday 20 March 2012

Tanah rizab: Perkasa Kelantan buat laporan polis

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB dan RODELIO JUNJUN TAUCAN

KOTA BHARU, SELASA, 20 Mac, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri hari ini membuat laporan polis terhadap Kerajaan Pas Kelantan berhubung dakwaan banyak tanah rizab Melayu di negeri ini terancam selepas dipajakkan kepada syarikat bukan bumiputera.

Laporan itu dibuat oleh Ketua Penerangannya, Che Mohd. Asemari Che Ali yang tiba bersama 50 ahli Perkasa yang lain di Balai Polis Kota Bharu pada pukul 9.55 pagi ini.

Che Mohd. Asemari ketika ditemui selepas membuat laporan itu berkata, beliau sebagai rakyat Kelantan dan orang Melayu amat kecewa dengan situasi yang berlaku ekoran dakwaan tanah rizab Melayu itu yang telah dipajak sehingga tempoh 99 tahun.

Selain itu, Perkasa turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini untuk menggesa siasatan dilakukan jika berlaku penyelewengan berhubung pengurusan tanah rizab di negeri ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment