My Add

Saturday 24 March 2012

Tanah rizab: Perkasa tubuh jawatankuasa bertindak

KOTA BHARU, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri Kelantan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Perkasa Kelantan Mengenai Isu Tanah Rizab Melayu dan Tanah Terokai Rakyat (Tindak) sebagai platform untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai dakwaan tanah tersebut dipajak kepada syarikat bukan bumiputera.

Yang Dipertuanya, Mohd. Sibri Ismail berkata, pihaknya melalui jawatankuasa itu akan mengadakan roadshow untuk memberi penerangan kepada rakyat Kelantan mengenai tindakan kerajaan Pas Kelantan itu.

Beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengadakan mesyuarat dalam waktu terdekat bagi membincangkan isu-isu berbangkit, termasuk tanah rizab Melayu dan Ladang Rakyat, bagi mendapat lebih banyak maklumat mengenai tanah-tanah yang diberi milik kepada individu atau syarikat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment