My Add

Monday 19 March 2012

Tangan tukang gunting dipotong

Oleh AZRAI MOHAMMAD

PETALING JAYA, AHAD, 18 Mac, 2012: Seorang lelaki warga India putus tangan kiri selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Seksyen U5, Jalan Panasuria di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4 petang ketika mangsa, Murgesh, 48, yang bekerja sebagai tukang gunting rambut berada dalam kedai tempatnya bekerja sebelum didatangi sekumpulan lelaki yang bertindak menetak sehingga putus pergelangan tangannya.

Difahamkan, pergelangan tangan mangsa yang putus turut dibawa lari oleh suspek dan gerakan mencari yang dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) di sekitar lokasi kejadian sehingga pukul 10 malam gagal menemui tangan tersebut.

Ekoran kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) dengan ambulans.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes berkenaan tiada kaitan dengan samun. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment