My Add

Sunday 11 March 2012

Tengku Adnan nafi terima surat Shahrizat letak jawatan

PUTRAJAYA, AHAD, 11 Mac, 2012: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, hari ini menafikan bahawa pihaknya telah menerima surat perletakan jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO. 

"Tiada... tiada (surat perletakan jawatan) setahu saya...saya ada bercakap dengan dia (Shahrizat) pada Isnin lalu tetapi (kandungan) tak boleh cakap (dedah)," katanya apabila ditanya sama ada UMNO sudah menerima surat perletakan jawatan Shahrizat.

Sebelum itu, Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya melancarkan Mini Karnival Puteri UMNO di Presint 9 di sini, hari ini.

Isu perletakan jawatan Shahrizat sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO timbul apabila beliau dikaitkan dengan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) yang diterajui suaminya, Datuk Seri Dr Mohamed Salleh Ismail yang terbabit dalam projek lembu daging di Gemas, Negeri Sembilan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment