My Add

Thursday 22 March 2012

Terlantar sakit: Bekas polis ”Home Guard” mohon bantuan

KUALA NERANG, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Seorang bekas anggota polis yang kini terlantar sakit memohon bantuan orang ramai bagi membolehkannya menjalani rawatan.

Said Harun, 83, yang pernah bertugas sebagai anggota ”Home Guard” sewaktu zaman darurat, tidak boleh berjalan sejak sebulan lalu dan daya ingatannya semakin berkurangan selepas terlibat kemalangan jalan raya lima tahun lepas.

Anak lelakinya, Mohamad Sharif Said, 36, berkata, dulu ayahnya memang cergas tetapi sejak kemalangan, dia selalu tidak sihat dan keadaannya semakin teruk sejak sebulan lalu.

"Ayah adalah ahli seumur hidup Persatuan Bekas Polis Malaysia dengan nombor keahlian K005036 dan kad keahliannya masih disimpan. Abang saya yang juga anggota polis telah menulis surat kepada persatuan memohon bantuan tetapi sehingga kini tiada jawapan diterima,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kubang Palas dekat sini.

Mohamad Sharif berkata, ayahnya turut menyimpan Kad Pasukan Kawalan Malaysia dengan nombor kad 1791470 dikeluarkan pada 13 Okt 1964.

“ Sebelum kemalangan dulu, dia masih ingat kawasan-kawasan yang dia pernah bertugas tetapi kini semua itu dia dah lupa,” katanya yang berhenti kerja di Sepang semata-mata mahu menjaga ayahnya.

Beliau berharap ada pihak yang sudi membantu keluarganya dan untuk tujuan itu bolehlah menghubungi melalui nombor telefon Mohamad Sharif di talian 012-3430173.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment