My Add

Thursday 15 March 2012

Tiada keperluan pinda Perkara 121 perlembagaan - Nazri

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Tidak ada keperluan bagi Kerajaan untuk meminda Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, berhubung bidang kuasa kehakiman, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata, mahkamah-mahkamah, terutama mahkamah-mahkamah peringkat tinggi, berdiri secara terasing dan bebas serta sekali-kali tidak menjadi ejen undang-undang Persekutuan.

Katanya, doktrin pengasingan kuasa dan kebebasan kehakiman sebagai ciri asas dalam Perlembagaan Persekutuan juga tidak terjejas dengan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan 1988.

"Perkara ini juga telah diputuskan dalam kes PP lawan Kok Wah Kuan apabila Hakim Besar Sabah dan Sarawak menyatakan bahawa pindaan asal Fasal (1) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan tidak bermaksud bahawa mahkamah-mahkamah ini hanya menjadi ejen yang tunduk secara mekanikal kepada setiap perintah dan kehendak undang-undang Persekutuan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Tasek Gelugor) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia untuk bekerjasama dengan pakatan pembangkang untuk membentuk majoriti 2/3 di Dewan Rakyat bagi meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mengembalikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman. — BERNAMA 



No comments:

Post a Comment