My Add

Tuesday 13 March 2012

Tiada maklumat pembatalan pertukaran saham MAS-AirAsia

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai pembatalan janji niaga yang melibatkan pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia seperti yang dilaporkan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa bantahan keras daripada kakitangan MAS terhadap pertukaran saham telah menyebabkan Perdana Menter, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbang opsyen menyelesaikan janji niaga itu.

Cho Ha berkata, sebarang keputusan mengenai isu itu perlu dibuat oleh pihak-pihak yang terbabit bersama dengan Khazanah.

"Pada masa ini, kementerian, masih belum menerima sebarang keputusan muktamad atau maklumat mengenai laporan itu,” katanya kepada pemberita di luar Simposium Kargo Dunia, yang dianjurkan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).— BERNAMA

No comments:

Post a Comment