My Add

Thursday 22 March 2012

Tiada paksaan mohon sijil halal - Jakim

KUALA LUMPUR, RABU,  21 Mac, 2012: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menegaskan bahawa permohonan pensijilan halal oleh jabatan itu, majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri adalah bersifat sukarela.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, bagaimanapun, pengusaha yang mempamerkan sebarang ungkapan halal di premis restoran mereka hendaklah dibuktikan dengan pensijilan halal oleh ketiga-tiga pihak berkenaan.

"Bukti tersebut adalah sebagai satu bentuk perakuan yang diiktiraf undang-undang dan ia selaras dengan Akta Perihal Dagangan 2011 melalui perenggan 4(1) dan (2) Perintah Perihal (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang berkuatkuasa satu Januari lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hakimah, sekiranya logo halal dan sebarang penandaan halal yang dipamerkan pengusaha tidak dibuktikan dengan pensijilan ditetapkan, ia merupakan satu kesalahan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment