My Add

Saturday 10 March 2012

Tiada sebab untuk tolak BN pada PRU-13

KUALA PILAH. JUMAAT, 09 Mac, 2012: Rakyat tiada sebab untuk tidak memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana sejak 54 tahun lalu kerajaan inilah yang telah terbukti membela dan mensejahterakan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan BN telah membina banyak kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.

"Saya percaya ketika ini penting untuk kita sama-sama merenung sejenak mengapa kita memilih sesebuah kerajaan itu atau parti pada pilihan raya akan datang.

"Pada masa sama kita harus menilai adakah parti dan kerajaan yang dipilih itu kelak mampu memikul amanah, menjaga masyarakat, agama, bangsa dan negara," katanya di Johol, dekat sini.

Muhyiddin seterusnya bertanya apakah dalam tempoh 54 tahun lampau, kerajaan sedia ada ini sudah gagal dan kalau sudah berjaya, apa pula kejayaan itu sudah dinikmati oleh rakyat?

Perlu dengar cerita tidak baik daripada rakyat
MUHYIDDIN melayani orang ramai sambil mencedok nasi lemak pada Majlis Sarapan Pagi 1Malaysia di SJKC Yoke Hua, Air Mawang, semalam. Turut hadir Mohamad Hasan. - Utusan/Abd Razak Aid

Berucap di program Sarapan Pagi 1Malaysia Bersama Timbalan Perdana Menteri di pekarangan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Hua, Air Mawang, Johol, beliau berkata, pemimpin hendaklah juga mendengar cerita tidak baik daripada rakyat untuk diselesaikan kerana itulah cara yang dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pemimpin yang baik tidak sepatutnya mendengar perkara baik sahaja yang dilontarkan rakyat.

"Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu pelbagai cerita yang baik dan tidak baik.

"Kita dengar kesemuanya dan kita selesaikan satu persatu. Kita adalah kerajaan yang faham dengan permasalahan rakyat.

"Kita tidak main politik dalam soal ini," katanya. - UTUSAM

No comments:

Post a Comment