My Add

Monday 5 March 2012

Tidak jelas formula penyelesaian, walaupun Azizan kekal MB

Mustafa Ali 
KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 2012: Tidak jelas formula penyelesaian kemelut pimpinan Kerajaan Kedah, walaupun Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak kekal sebagai Menteri Besar.

Manakala dua Exco - Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula kembali memegang jawatan masiing-masing.

 Sambil itu, Pas Pusat akan menubuhkan pula Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah pemerithannya.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali  dalam sidang media pagi ini, sekadar berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa Pas Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.

"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam pentadbiran negeri Kedah," jelasnya. 

Hadir sama pada sidang media itu ialah dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

No comments:

Post a Comment