My Add

Wednesday 7 March 2012

Tindakan serang balai polis satu kesalahan serius: PBPM

KUALA LUMPUR, RABU, 07 Mac, 2012: Tindakan menyerang balai polis merupakan satu kesalahan serius serta boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota polis yang bertugas, kata Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafie Bakri.

Beliau berkata, dalam masyarakat moden pada hari ini, tindakan menyerang dan merusuh di balai polis adalah tindakan tidak bertamadun dan satu kesalahan kerana merosakkan harta benda awam.

"Sekiranya ada penduduk kampung atau individu yang tidak berpuas hati dengan pihak polis, ia boleh diselesaikan secara rundigan atau mereka boleh berjumpa sendiri dengan ketua balai atau ketua polis daerah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment