My Add

Monday 12 March 2012

Tingkat produktiviti: Indonesia cadang guna zon waktu tunggal

JAKARTA, ISNIN, 12 Mac, 2012: Dalam usaha untuk mempertingkat produktiviti dan urusan perniagaan, Indonesia, yang ketika ini terbahagi kepada tiga zon waktu, sedang mempertimbang menggunakan hanya satu zon waktu.

Di bawah cadangan kerajaan itu, penduduk di republik itu akan menetapkan jarum jam mereka kepada GMT 8. Ketika ini, zon waktu pertama ialah pada GMT 7.

Jurucakap Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Indonesia (KP3EI), Edib Muslim berkata, perbezaan masa satu jam di kalangan tiga zon waktu didapati tidak berkesan.

"Misalnya, transaksi di Jakarta, yang terletak pada zon waktu Indonesia Barat, bermula pada 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.

"Ini bererti, terdapat ruang empat jam bagi perdagangan antara penduduk di zon waktu Barat dengan Timur, yang dua jam terkedepan,” beliau dilaporkan berkata oleh harian berbahasa Inggeris, The Jakarta Globe hari ini.

Edib berkata, menggunakan hanya satu zon waktu akan menghapuskan masalah seperti itu dan ia memudahkan urusniaga, oleh kerana ia membolehkan penduduk di bahagian barat, tengah dan timur Indonesia mempunyai satu waktu standard.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment