My Add

Tuesday 6 March 2012

Tingkatkan kualiti, pelbagaikan pembuatan perabot

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Syarikat-syarikat pembuatan perabot diminta melipatgandakan usaha menghasilkan produk yang berkualiti dan pelbagai selaras dengan hasrat kerajaan untuk mencapai RM16 bilion daripada eksport menjelang 2020.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok yang optimistik dalam usaha tersebut berharap langkah itu akan mendapat kerjasama syarikat-syarikat swasta yang terlibat dalam sektor pembalakan kerana kualiti perabot daripada balak lebih menyakinkan.

“Kita mahu perabot-perabot yang dihasilkan oleh negara bukan sahaja cantik malah amat berkualiti untuk pasaran dalam dan luar negara. Kerana itu kami menggesa pihak swasta yang terlibat dalam sektor itu lebih menonjol bagi membantu kerajaan,” katanya pada majlis perasmian Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia 2011 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment