My Add

Wednesday 21 March 2012

Tingkatkan penyelidikan - PM

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan MOHAMMAD YASIR JAAFAR

SEREMBAN, SELASA, 20 Mac, 2012; Institusi penyelidikan tempatan diseru bekerjasama dengan syarikat korporat dan kerajaan untuk memperluaskan bidang penyelidikan dan pembangunan tenaga hijau di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu perlu dalam mendepani cabaran pemasaran di masa hadapan selain keinginan terhadap perubahan inovasi.

''Saya percaya kita perlu melakukan perubahan yang deras dan sokongan daripada penyumbang utama industri itu amat diperlukan ketika ini.

''Atas sebab itu, kita amat memerlukan rakan perniagaan untuk sama-sama memainkan peranan bagi memastikan keupayaan negara menghasilkan tenaga hijau dengan lebih baik," katanya pada majlis penyempurnaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) Solar di Taman Solar 8 megawatt (mW) di Pajam dekat sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment