My Add

Saturday 10 March 2012

TPM mahu Wanita UMNO perhebat gerak kerja pilihan raya

JOHOR BAHRU, SABTU, 10 Mac, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Wanita UMNO memperhebatkan lagi gerak kerja mereka bagi membantu Barisan Nasional (BN) mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun secara amnya sayap itu telah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang, mereka perlu memperkukuhkan lagi jentera dengan turun ke bawah menyelesaikan permasalahan yang dihadapi rakyat.

"Peranan yang dimainkan oleh Wanita UMNO adalah amat penting, dan setiap kali pilihan raya umum mereka adalah 'frontline' (barisan hadapan).

"Kita berharap dengan sokongan Wanita UMNO, kita akan mencapai kemenangan lebih besar," kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas menghadiri program Jelajah 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara Gunung Pulai yang turut dihadiri ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment