My Add

Saturday 10 March 2012

TPM selar pembangkang

MUHYIDDIN Yassin bersama Mohamad Hasan bertanya sesuatu kepada penduduk kampung pada Majlis Perjumpaan Dengan Guru Agama, Guru Takmir, Guru KAFA, AJK Masjid serta Pemimpin Masyarakat di SMRA Johol, semalam. - BERNAMA

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL dan SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA PILAH, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelar pembangkang yang mendakwa keputusan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan digantikan dengan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) sebagai kegagalan kerajaan.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa langkah tersebut menjadi bukti bahawa kerajaan begitu responsif terhadap maklum balas daripada penjawat awam di negara ini.

Beliau turut menyifatkan dakwaan pihak pembangkang itu sebagai petunjuk bahawa mereka sememangnya gentar dengan perkembangan tersebut kerana pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik oleh kakitangan dan pegawai kerajaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment