My Add

Thursday 8 March 2012

TPM serah derma RM1.72j kepada Viva Palestina Malaysia

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan sumbangan berjumlah RM1,728,381.39 kepada Viva Palestina Malaysia (VPM) bagi membiayai projek-projek pendidikan 11 sekolah di Jaballia, Utara Gaza, Palestin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, menyerahkan replika cek berkenaan kepada Pengerusi VMP, Datuk Dr. Musa Mohd Nordin di pejabat beliau di sini hari ini.

Pencerobohan Gaza pada Disember 2008 dan penyahmanusiaan rakyat Palestin oleh regim zionis Israel telah menggerakkan Kementerian Pelajaran untuk mengadakan kutipan derma di seluruh negara.

Pegawai kanan kementerian, petugas, pengetua dan guru besar, guru-guru, murid dan pelajar sekolah termasuk pra-sekolah dari seluruh negara memainkan peranan mengadakan kutipan sumbangan dan berjaya mengumpulkan RM1,728,381.39.

Bersama-sama dengan VPM, sebuah projek dikenal pasti dan dirancang untuk memulihkan dan mengekalkan kelas-kelas, makmal serta kemudahan pendidikan di 11 sekolah di Jaballia, utara Gaza, Palestin. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment